Corporate Profile



Pengenalan
RABITHOH Traning & Consultancy, RTC, merupakan sebuah organisasi yang terdiri daripada individu-individu prihatin dan telah beroperasi sejak 2 tahun lalu. Dengan RTC, kami melihat kekurangan yang perlu untuk kami bersama ke hadapan bagi menampungnya. Masalah sosial yang semakin melampau, budaya cepat putus asa di kalangan remaja, malahan dorongan untuk melahirkan modal insan yang lengkap pada setiap sudut baik dari rohani, jasmani, emosi, intelektual dan kemahiran insaniyyah ini menjadi satu objektif utama ke arah pembentukkan RTC ini. RTC diwujudkan adalah untuk memberi pendidikan dan latihan kepada pelbagai lapisan masyarakat yang dilihat kian tenat dengan pelbagai permasalahan hidup. RTC memberi penekanan kepada aspek pembangunan rohani dan kepimpinan serta pendidikan yang praktikal dengan harapan agar generasi baru yang mengerti makna hidupnya dapat dilahirkan. RTC telah berpengalaman dalam melatih kepimpinan, mengendalikan siri-siri motivasi serta seminar-seminar bermula di peringkat rendah hingga dewasa, sekolah rendah hingga mahasiswa IPTA/S. Kini RTC telah didaftarkan di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 30 September 2011 (002072534-V). Motto RTC adalah “Komited Memimpin Generasi”.



Misi RTC:
1. Komited untuk melahirkan generasi yang seimbang dari segi rohani, jasmani, intelek dan emosi.

2. Komited untuk membentuk generasi yang mampu memberi manfaat kepada persekitarannya.

3. Komited untuk melatih dan membimbing generasi yang boleh diteladani oleh orang lain.


Modul RTC:
Modul-modul berserta pendekatan mengikut peringkat penerimaan golongan sasaran telah disediakan. Pelaksanaannya juga turut mengambil kira latar belakang kumpulan sasaran serta diubahsuai mengikut keadaan, antaranya adalah seperti:

Leadership Generation

Modul yang kami sediakan dalam bentuk kem dan seminar bagi membentuk kepimpinan dalam diri individu pada semua peringkat baik sekolah rendah,sekolah menengah mahupun mahasiswaIPTA/S.

Motivasi Rabithoh

Modul yang menjurus bagaimana meningkatkan potensi diri dari sudut akademik,rohani,kerjayadan jasmani pelajar/mahasiswa untuk menjadi insan yang bermanfaat kepada persekitarannya.
Generasi Rabithoh

Modul khusus ini menitik beratkan pembangunan akademik,rohani,jasmani dan emosi dalam diri peserta seperti:

Kem PERMATA RABITHOH,
Kem Anak Soleh,
Kem Smart Solat

Lain-lain Aktiviti:
Seminar Pengurusan, Seminar Dinar Emas,Seminar Keusahawanan, Aktiviti Outdoor
.